Wednesday, July 16, 2008

Muhyiddin Yassin - memulakan langkah



Email yang kami terima sekitar bulan Oktober mengatakan bahawa dalam keghairahan politik semasa, Muhyiddin Yassin dengan sokongan Pak Lah akan menggantikan Najib Tun Abdul Razak. Email tersebut memaklumkan bahawa Muhyiddin Yassin sudah memulakan langkah. Benarkah Muhyiddin Yassin sedang memulakan langkah ? Benarkan caturan politik kali ini mahu menyaksikan Muhyiddin menggantikan Najib Tun Razak dan ini sebenarnya direstui oleh Perdana Menteri Malaysia. Email kecil dan ringkas ini terlepas dari pemerhatian www.umno-reform.com sehingga tiba satu lagi email yang berbunyi " Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak lebih rapat dengan Pak Lah dan kehadiran Najib disisi hanya adalah kerana beliau seorang Timbalan Perdana Menteri dan hanya memenuhi syarat dan protokol "

Mampukah pentadbiran Pak Lah menggugurkan Najib? Ini satu persoalan yang mungkin hanya akan dapat dijawab pada pemilihan UMNO akan datang dan kalau dilihat mungkin ada juga kebenaran sebab kenapa pilihanraya umum akan mendahului pemilihan dalam UMNO. Sewaktu Perhimpunan Agung 2006 baru - baru ini kita sering melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin terpapar di muka dan dada media. Ini membuatkan kami terangsang dalam mempersoalkan isu sebenar. Baru - baru ini rakan kami memberikan kami satu majalah " OFF THE EDGE' yang memaparkan panjang lebar usaha gigih Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam UMNO. Ini menyebabkan www.umno-reform.com mencari semula email yang pernah diterima yang menekankan kemungkinan isu Muhyiddin Yassin ini akan jadi kejutan sewaktu pemilihan? Berikut adalah satu email yang kami terima berkenaan isu Muhyiddin sudah memulakan langkah:

Tuan Anuar,

Kita percaya apa yang kita katakan ini hipotesis semata - mata kerana untuk kita menyertai bukti amat sukar sekali. Kita nak kata bahawa TS Muhyiddin telah memulakan langkah untuk memandikan DS Najib Tun Razak. TS Muhyiddin Yassin nampak lebih rapat dengan Pak Lah dan kehadiran Najib disisi selama ini hanya kerana beliau seorang Timbalan Perdana Menteri dan hanya memenuhi syarat dan protokol. Apa pun kita patut sedar akan tindakan pembersihan senarai mereka yang tidak menyokong Pak Lah akan bermula. Tindakan membersihkan senarai ini memang biasa dan dalam era Mahathir ini berlaku sewaktu pembubaran UMNO. Hari ini kita lihat pilihanraya umum akan dilakukan lebih awal dari pemilihan parti. Ini juga akan menjadi cara pembersihan. Perlantikan mereka yang akan bertanding adalah dibawah kuasa Pak Lah dan percayalah, ramai yang dari kem ?Najib tidak akan tersenarai menjadi wakil UMNO dalam pilihanraya. Sekian Mat Shamir


http://www.umno-reform.com/minggu_akhir_nov_06.htm

No comments: