Dikalangan ramai-ramai menteri dalam kabinet…sebenarnya bukan senang nak dapat gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dok senyum meleret macam ni…
Inipun boleh kira gambar bonus Menteri Pertanian kita ni bagi posing baikkk …
Soalnya bukan nak control macho tetapi ikut cakap Muhyidin kepada Kawan satu ketika dulu memang nature beliau begitu.
Masalahnya banyak orang salah sangka stailnya yang serius.
Kawan tak pasti pasal apa Tan Sri nampak macam senang hati saja walaupun tak lama lagi nak lalui satu lagi pusingan perebutan jawatan Naib Presiden Umno.
Muhyiddin pernah tergelincir satu penggal masa pemilihan tahun 1996.Dalam pemilihan tu Pak Lah menang balik jawatan Naib Presiden setelah tewas pada tahun 1993.
Ramai kawan-kawan yang kata kesian tengok Muhyiddin lepas tu kena duduk celah-celah perwakilan biasa masa Perhimpunan Agung Umno sehinggalah pemilihan musim lalu memang balik.
Sebelum tu masa pemilihan tahun 1993 beliau menang dan duduk di barisan depan atas pentas di Dewan Merdeka PWTC.
Menjelang pemilihan kali ini ada juga kawan-kawan yang buat congak pasal peluang Muhyiddin.Semuanya duga no hal baginya untuk lepas.
Apa yang Kawan tertarik tentang Muhyiddin bukanlah ada perkara-perkara yang serius sangat.
Cuma teringat cakap kawan-kawan ketika bersembang baru-baru ni tentang taboo yang mencengkam setiap penjawat jawatan Menteri Pertanian sebelum ini.
Entah kerana kebetulan…entah kerana apa…macam ada yang ‘keras’ di Kementerian Pertanian.
Pelik tetapi benar…nampak macam semua tak menjadi lepas duduk di kemeterian itu.
Terbaru…Datuk Effendi Norwawi undur diri.
Bekas orang kuat Parti Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) ni bagi sebab kesihatan tak mau bertanding lagi pilihanraya.
Anehnya beliau nampak segar bugar saja…malah boleh naik pentas bergaya dengan penyanyi Kris Dayanti lagi dalam satu function baru-baru ini.
Dulunya bintang Effendi yang juga tauke NTV7 kelihatan bersinar terang hingga ada yang ramal beliau adalah bakal pengganti Tan Sri Taib Mahmud untuk jadi Ketua Menteri Sarawak.
Tiba-tiba pancit…
Sebelum ni Datuk Sulaiman Daud juga dari
Tan Sri Sanusi Junid…cukup menyerlah masa di Kementerian Pertanian.Lepas tu balik ke Kedah jadi Menteri Besar.Sepenggal di Alor Star beliau juga hanyut ..dan kini menyepi di UIA.
Tun Ghafar pun pernah jadi Menteri Pertanian. Hanyut.
Jangan lupa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah jadi Menteri Pertanian.Juga hanyut .
Ingat peristiwa pesawat MAS terhempas di Tanjong Kupang Johor.Salah seorang mangsanya ialah Datuk Ali Haji Ahmad.Waktu itu beliau ialah Menteri Pertanian.
Tokoh MIC Datuk
Bayangkan dengan jawatan Timbalan Presiden MIC iaitu orang nombor dua dalam parti komponen BN beliau tidak dicalonkan semula bertanding dalam pilihanraya umum baru-baru ini.
Juga ada beberapa nama lain yang pernah jadi Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen kementerian itu pun bungkus .Kalau Kawan nak sebut semua panjang cerita nanti.
Yang Kawan paling ingat Datuk Shariff Ahmad dan Datuk Kassim Ahmad.
Apapun nampak Muhyiddin steady saja.Kawan ni bukan le kaki percaya yang bukan-bukan.
Siapa tau Muhyiddin ada power yang tersembunyi… asap pi asap mai kemian sekitar Komplek Wisma Tani. Yang keras jadi lembut.
Kawan: Pernah mandi bunga
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2d1ba491-ca9db1d0-ac4d3b00-488cfc9b
No comments:
Post a Comment